Terma Penggunaan
Kemas kini: November 2026
1. Perkhidmatan
MyArab menyediakan nota, latihan, permainan dan semakan tulisan Bahasa Arab dalam talian untuk kegunaan keluarga.
2. Akaun
Akaun didaftarkan oleh ibu bapa atau penjaga. Anda bertanggungjawab menjaga kata laluan. Satu akaun keluarga boleh mempunyai sehingga 8 profil anak dan tidak boleh dikongsi dengan keluarga lain.
3. Langganan dan bayaran
Langganan MyArab Keluarga ialah bayaran sekali untuk tempoh 12 bulan. Tiada caj automatik. Bayaran diproses oleh CHIP. Harga promosi boleh berubah tanpa menjejaskan langganan yang sudah dibayar.
4. Bayaran balik
Permohonan bayaran balik boleh dibuat dalam tempoh 7 hari selepas bayaran pertama dengan menghubungi kami. Selepas tempoh itu, bayaran tidak dikembalikan.
5. Kandungan
Kandungan MyArab ditulis oleh MyArab mengikut tema kurikulum dan dilindungi hak cipta. Lembaran cetak untuk kegunaan peribadi, keluarga dan kelas sendiri sahaja, bukan untuk dijual semula.
6. Tutor AI
Semakan tulisan oleh tutor AI ialah panduan pembelajaran dan mungkin tidak sempurna. Ia bukan pentaksiran rasmi sekolah. Had harian semakan dikenakan.
7. Affiliate
Komisen dibayar bagi langganan yang berjaya melalui pautan affiliate dan tidak dibatalkan. MyArab berhak membatalkan komisen bagi pembelian sendiri, penipuan atau spam.
8. Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui saluran rasmi di myarab.jagung.my.